Thursday 31 October 2013

Selamat Bersara Kak Am…


“SELAMAT BERSARA KAK AM 1981-2013”.
Kata-kata ini terpampang di Bahagian Perkhidmatan Media dan Pangkalan Data di tingkat 8, Wisma Bernama. 
Setelah 32 tahun berkhidmat untuk Bernama, “Kak Am” atau Puan Ambia Tawil akan mula bersara pilihan mulai esok.
Rakan-rakan sepejabat mendoakan yang terbaik bagi beliau sambil mengucapkan selamat bersara pada majlis perpisahan pagi ini.
Beliau adalah antara petugas lama Bernama yang menyertai agensi ini ketika ibupejabat masih di Bangunan MCOBA di Jalan Syed Putra.
Tentulah banyak kenangan yang akan tersimpan dalam sanubarinya setelah sekian lama bertugas dengan Bernama.
Malahan bertemu jodohpun di Bernama.

“Sedih tu memanglah ada tapi bila kenangkan kawan-kawan rapat dah tinggalkan saya, saya redha dengan keputusan ini (bersara awal).
“Saya keluar, adalah orang masuk,” kata Puan Ambia, pembantu tadbir di Unit Pangkalan Data.
Menurutnya, persaraan itu membolehkan beliau menumpukan perhatian kepada perniagaan catering.
Walaupun bersara, Bernama akan tetap di hatinya kerana suaminya Encik Shafie Toha masih berkhidmat dengan Bernama.
Mereka mempunyai lima orang anak termasuk dua yang telah berumahtangga.


No comments:

Post a Comment