Wednesday 2 October 2013

Segak berbaju baru ...


Baju baru dengan warna biru menarik membuatkan pemandu Bernama Razak Mowclause mengakui berasa bangga memakainya.
Malah, katanya, baju baru itu mempunyai “kejutan” untuk menarik perhatian orang ramai.
“Secara tak langsung ia bagus untuk mempromosi Bernama kepada orang luar,” kata Razak, 57, yang telah berkhidmat 33 tahun dengan agensi berita ini.
Menurutnya, beliau seringkali disapa kerana baju berwarna biru itu “lain dari yang lain”.
“Dah seminggu saya pakai, banyak kawan-kawan veteran saya yang
mahu mengetahui lebih mendalam mengenai Bernama apabila mereka lihat logo Bernama di baju.
Razak berkata beliau selesa memakai baju itu kerana kainnya bermutu dan tidak tebal.
“Warna birunya juga mudah jadi tarikan dari jauh,
“Kalau ada 1,000 orang, memang ramai yang akan memandang ke arah baju ini,” katanya dan tersenyum.
“Ada juga wanita-wanita muda yang mengatakan ‘cantiklah baju pakcik ni',” katanya.
“Saya pun rasa warna ini menarik dan tak ada sebelum ini,” kata Razak yang berterima-kasih kepada pihak pengurusan kerana menyediakan pakaian seragam baru itu.
Sepertimana pamandu lain, Razak memperolehi tiga pasang baju dan seluar seragam serta dua pasang kasut.
Seorang lagi pemandu Safri Haji Salleh, 36, turut berasa bangga dan selesa memakai baju baru itu.
“Warnanya menarik, sedap dipakai dan tidak begitu berpeluh,” kata Safri yang telah berkhidmat lapan tahun di Bernama.
Penyelia kenderaan Bernama Azizi Zakaria berkata baju baru itu dapat menaikkan imej Bernama.
Ini kerana para pemandu bertugas di luar dan sentiasa berdamping dengan orang ramai, katanya.
Unit kenderaan mempunyai 13 pemandu.

No comments:

Post a Comment