Sunday 20 October 2013

Syabas untuk liputan cemerlang...


Perancangan rapi serta semangat dedikasi para petugas membolehkan Bernama membuat liputan Pemilihan Umno 2013 dengan cemerlang.
Ada yang bertugas sehingga 3 pagi tetapi tetap tidak merungut.
Sama ada wartawan, penyunting, jurufoto, jurukamera, peneraju radio dan tenaga sokongan yang bertugas di ibu pejabat, biro-biro dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), anda amat dihargai kerana mengharumkan nama Bernama.
“Syabas semua dan setiap petugas Bernama, khusus wire, .com, TV and Radio yang menyumbang masa, tenaga dan fikiran melaksana dan menjayakan liputan Umno,” kata Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh.
Ramai yang melakukan inisiatif membanggakan dengan tidak hanya menulis laporan berita tetapi membuat “crossover” untuk Bernama Radio24 mengenai suasana di beberapa bahagian yang menjadi perhatian.
Antaranya Gua Musang, Teluk Kemang dan Kangar.
Seramai 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut system electoral college bagi memilih tiga Naib Presiden.
Setiap seorang daripada tiga calon yang memperolehi bilangan undi paling banyak dari perwakilan bahagian dikira meraih satu undi dari bahagian berkenaan.

No comments:

Post a Comment