Thursday 3 October 2013

Teruja pamer perkhidmatan Bernama ...

Setelah bertungkus lumus menyedia bahan pameran bagi sambutan Hari UNESCO Malaysia 2013, Penolong Pengurus Bahagian Pemasaran Foto, Mohd Farhan Mustafa begitu bersemangat memperkenalkan Bernama kepada para pengunjung.
Pasukannya juga menyediakan ‘red carpet’ yang berlatarbelakang logo Bernama dan UNESCO dengan tulisan ‘Hari UNESCO Malaysia 2013’ untuk pameran selama empat hari itu.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Haji Idris Haron turut merakamkan potret mereka.
Farhan dibantu Mohd Muhammad Alif Hassan dan Mohd Adnan Othman, eksekutif editorial Pemasaran Foto manakala Jamaludin Ismail, pengurus Bahagian Pangkalan Data dan Maklumat Korporat (BLIS) turut menyertai pasukan Bernama.   
Berikut sekilas perasaan Farhan yang mewakili  rakan-rakan yang lain:
“Pameran Bernama bersempena sambutan Hari UNESCO 2013 ini, untuk hari pertama ini, membuatkan saya merasa agak terkejut, teruja dan bercampur gembira dengan sambutan terhadap studio fotografi dan cetakan segera.

Sambutan agak meriah membuatkan kami dari Pemasaran Foto tidak menang tangan. Sekitar 30 pengunjung telah membeli gambar mereka untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan pada hari UNESCO yang diadakan sekali setahun.

Ini menunjukkan potensi kepada Bernama untuk  mengadakan promosi dengan lebih dekat lagi kepada masyarakat dengan menyertai ameran sekiranya dijemput agensi-agensi dan kementerian yang lain.

Apa yang boleh dikatakan promosi sebegini dapat memberi kesedaran kepada pihak-pihak yang mungkin memerlukan khidmat yang disediakan oleh setiap jabatan dan bahagian di Bernama.

Dengan ini harapan saya agar Bernama akan lebih kerap menyertai majlis–majlis sebegini, di mana sedikit sebanyak dapat memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan Bernama demi memajukan ‘The Only’ Agensi Berita Nasional negara.” FM


Pengurus Besar Datuk Yong Soo Heong, melalui WhatsApp Bernama-ED Team petang ini, merakamkan penghargaan berikut: “Syabas kpd kakitangan Bernama di majlis UNESCO. “  





No comments:

Post a Comment