Seramai 71 calon menghadiri
‘Ujian Bertulis Kewartawanan untuk Pegawai Kadet/Pegawai Berita/Wartawan (S41)’
di Wisma Bernama pagi ini
Mereka adalah antara
120 calon yang telah disenarai pendek
untuk menghadiri ujian itu bagi mengisi 30 kekosongan jawatan.
“Inilah bilangan paling
ramai yang dipanggil untuk ujian bertulis sejak beberapa tahun," kataPegawai Tadbir Sumber Manusia Marzukhi Md
Salleh.
Seramai 46 calon mengambil
ujian di Pusat Kecemerlangan di tingkat 12 dan 25 lagi di ‘dewan’ di tingkat 9.
Ujian selama tiga jam itu bermula pukul 9.30 pagi.
Marzukhi berkata calon-calon
itu datang dari seluruh negara – ada dari Langkawi, malah ada juga dari
Sarawak.
“Soalan-soalan termasuk
mengenai etika dan menulis berita...kita bagi ‘raw story’ untuk mereka tulis
berita yang sepatutnya.
“Mereka juga perlu buat
terjemahan,” katanya.
Ada juga soalan yang menguji pengertahuan am dengan meminta mereka menamakan menteri bagi lima kementerian serta menterjemahkan nama kementerian berkenaan.
Ada juga soalan yang menguji pengertahuan am dengan meminta mereka menamakan menteri bagi lima kementerian serta menterjemahkan nama kementerian berkenaan.
Calon-calon dikehendaki
menjawab enam daripada lapan soalan yang disediakan.
Soalan-soalan itu digubal
oleh para pegawai kanan editorial.
Calon-calon yang berjaya
akan melalui proses temuduga sebelum ditawar bekerja.
Editor Bernama TV Haji Ahmad
Kamal Dahalan berkata hampir keseluruhan wartawan penyiaran Bernama TV
menduduki peperiksaan itu.
Melihat foto suasana ujian
itu yang dimuatnaik kepada whatsapp Bernama ED-Team mengembalikan kenangan bagi
beberapa anggota whatsapp berkenaan.
“Teringat ujian bertulis di
International Hotel Chow Kit pada 1984…penuh dewan dengan lebih 200 calon,”
kata Penolong Editor Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Nurul Afida Kamaludin.
Editor Meja Penyuntingan
Bahasa Malaysia Puan Rohana Mustaffa pula menduduki ujian dan ditemuduga di
kampus.
“Agak berlainan sedikit
suasananya,” kata beliau.
“Pengalaman kita berbeza
namun kesetiaan kepada Bernama jua yang sama,” kata Nurul.
Ketua Editor Tugasan Bernama
TV Haji Abdul Rahman Ahmad turut berkongsi pengalaman menjalani ujian dan temuduga
di Bangunan MCOBA (ibu pejabat lama Bernama) di Jalan Syed Putra.
“(Bekas ketua pengarang,
Datuk) Rejal Arbee interview saya, satu soalan sampingannya..isteri PM Dr
Mahathir dari negeri mana…hehe,” katanya.
“Saya ditemuduga oleh
Datuk Rahman Sulaiman (sekarang Pengerusi Bernama),” kata Nurul
No comments:
Post a Comment