Tuesday, 29 October 2013

Jabatan Penerangan Brunei minat contohi Bernama…



Jabatan Penerangan Brunei berminat mempelajari fungsi dan struktur operasi pemberitaan Bernama untuk digunapakai.
Ia juga berhasrat mengikuti program latihan bagi wartawan anjuran Bernama serta mempelawa tenaga pengajar Bernama dari kalangan editor-editor berkunjung ke Brunei Darussalam untuk berkongsi pengetahuan.
Perkara itu dinyatakan oleh Pemangku Pengarahnya Awang Mawardi Mohammad dalam pertemuan dengan Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong di Wisma Bernama pagi ini.
Datuk Yong berkata Bernama bersedia memenuhi permintaan itu bagi meningkatkan kerjasama kedua-dua organisasi.
Awang Mawardi berkata program kerjasama itu sangat bermakna dalam menambah baik dan menstruktur semula organisasinya untuk perkhidmatan berita yang lebih baik.
"Kita dapat belajar beberapa perkara seperti sistem susun atur editor dan wartawan serta konsep tugasan yang kami percaya mampu meningkatkan operasi dalam Pelita Brunei, akhbar rasmi mingguan Brunei.
"Kita juga percaya sistem pengambilan dan kriteria seseorang wartawan yang diguna pakai Bernama boleh diaplikasi organisasi kami dalam melahirkan seorang wartawan yang bagus," katanya.
Dalam lawatan itu, delegasi tersebut turut meninjau operasi Jabatan Pengarang, Bernama Radio24, BERNAMA TV dan NAM News Network (NNN).
Delegasi itu juga akan melawat Jabatan Penerangan Malaysia dan beberapa akhbar tempatan untuk mendalami selok-belok organisasi berita dan sistem penyampaian maklumat.

No comments:

Post a Comment