Berita Bernama mengenai seorang penerbit filem Belanda,
yang pernah menghina Nabi Muhammad S.A.W., sedang mengerjakan Haji setelah memeluk Islam menarik perhatian akhbar-akhbar utama berbahasa Malaysia.
Berita Harian, Utusan Malaysia dan
Sinar menyiarkan berita berkenaan dalam edisi masing-masing hari ini.
Beberapa portal berita pula telah menyiarkan berita itu setelah ia dikeluarkan semalam.
Berita itu menarik kerana ia bercirikan ‘human interest’ dalam suasana umat
Islam dari seluruh pelusuk dunia berada di Tanah Suci untuk mengerjakan Haji.
Ia diterjemahkan daripada berita dalam bahasa Arab yang disiarkan oleh Okaz,
sebuah akhbar terkemuka Arab Saudi yang beribu-pejabat di Riyadh.
Terjemahan itu dilakukan oleh Mujahid Ishak,
yang mula berkhidmat di Meja Bahasa Arab bulan lepas.
Berikut berita yang dikeluarkan semalam:.
Penerbit
Filem Hina Rasulullah Tunai Haji Selepas Masuk Islam
Oleh
Muhajid Ishak
RIYADH,
18 Okt (Bernama) -- Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah
mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad
S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.
Arnold
Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana
beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu,
menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.
Fandor
yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa
diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika
menunaikan haji.
"Di
dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan
mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.
"Kini
saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang
dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan
keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,"
beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.
Sambil
tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat
digambarkan ketika menjejakkan kaki ke tanah suci.
Air
matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.
"Pada
mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya
memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di
persekitaran Islam.
"Walau
bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih
mendalam berkenaan agama yang agung ini.
"Saya
berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca
banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya
mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.
"Kemudian
perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat
keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia
serta memiliki ketenangan jiwa.
"Sebelum
memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut
udara sahaja.
"Saya
dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam
Rasulullah S.A.W dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem
berkenaan keperibadian baginda yang mulia," katanya.
Fandor
berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan
kaki ke tanah suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.
Katanya
selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa
beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan
aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment