Gua Kelam merupakan antara
tarikan pelancong di Perlis.
Ia adalah terowong semula
jadi sepanjang 370 kilometer.
Para pengunjung boleh
merentasi gua itu melalui jambatan yang disediakan.
Hanya dua buah gua
seumpamanya ditemui di dunia. Sebuah lagi terdapat di Brazil.
Bukan itu sahaja keistimewaan Gua Kelam. Di gua itu,
terpapar pantun daripada ilham Ketua Biro Perlis Adnan Jahaya kira-kira 15
tahun lalu.
“Saya menulis berasaskan perkara yang sedang berlaku
dalam masyarakat ketika itu. Ia sekadar nasihat dalam puisi sejajar dengan
gerakan memasyarakatkan puisi, katanya.
Semalam, beliau sekali lagi melawat
Gua Kelam bersama delegasi Koridor Utara (NCIA). Inilah catatannya:
“Tiada
perkembangan terbaru mengenai papan pantun tu. Ia masih teguh di situ.
Ada pengunjung dan pelancong yang mengambil kesempatan bergambar kenangan
di pinggir papan pantun tu. Papan pantun tu terletak berhampiran Secret
Garden Gua Kelam dan di hadapannya diletakkan ruang rehat yang rasanya baru
dibina.
Kelihatan
ada yang berpuisi berasaskan bait-bait pantun yang terlakar. mungkin
mereka peminat sastera.
Saya
tidak menduga lakaran pantun yang dicipta dalam masa 15 minit itu suatu ketika
dahulu masih berdiri teguh di situ. Ia bukan sekadar sebuah puisi berupa
pantun namun jauh dari itu ialah luahan rasa penulis terhadap nilai murni yang
perlu dihayati.
Terima kasih kepada guru-guru yang menjadikan pantun Gua
Kelam sebagai bahan pengajaran sastera. Saya melihat ada soal jawab
mengenai pantun berkenaan dalam internet.
Saya
tidak pasti sampai bila pantun itu akan terus bermukim di situ dan sampai bila
ia akan dibaca oleh para pengunjung Gua Kelam. Untuk tiba ke papan pantun
itu para pengunjung perlu memasuki Gua Kelam yang di dalamnya tersedia
kemudahan jambatan sepanjang 370 meter.
Saya
berharap para pengunjung Gua Kelam bukan sekadar berbangga kerana gua batu
kapur yang mereka lewati itu adalah salah satu daripada gua seumpamanya di
dunia selain terdapat di negara Brazil.
Keindahan
di dalam gua sudah pasti memukau dan di pintu gua berhampiran Secret Garden,
mereka pastinya akan melepaskan lelah di ruang rehat sambil melihat pantun
karya penulis dan membacanya.
Pastinya
tidak ramai daripada pengunjung mengenali penulis pantun itu tetapi saya tetap
bersyukur kerana dapat memberi sumbangan karya kepada kerajaan negeri di lokasi
pelancongan yang turut menerima kehadiran pelancong asing.
Sesungguhnya
Gua Kelam tidak lagi kelam sebaliknya di dalamnya ada keindahan cahaya yang
membolehkan para pengunjung melihat keindahan semula jadinya.
Penulis
juga berharap paparan pantun yang merupakan puisi tradisional itu
sekurang-kurangnya menerangi usaha memasyarakatkan puisi di segenap ruang
termasuk di lokasi pelancongan.” Adnan Jahaya
No comments:
Post a Comment