Perancangan rapi serta
semangat dedikasi para petugas membolehkan Bernama membuat liputan Pemilihan
Umno 2013 dengan cemerlang.
Ada yang bertugas sehingga
3 pagi tetapi tetap tidak merungut.
Sama ada wartawan,
penyunting, jurufoto, jurukamera, peneraju radio dan tenaga sokongan yang
bertugas di ibu pejabat, biro-biro dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), anda
amat dihargai kerana mengharumkan nama Bernama.
“Syabas semua dan setiap
petugas Bernama, khusus wire, .com, TV and Radio yang menyumbang masa, tenaga
dan fikiran melaksana dan menjayakan liputan Umno,” kata Ketua Pengarang Datuk
Zulkefli Salleh.
Ramai yang melakukan
inisiatif membanggakan dengan tidak hanya menulis laporan berita tetapi membuat
“crossover” untuk Bernama Radio24 mengenai suasana di
beberapa bahagian yang menjadi perhatian.
Antaranya Gua Musang, Teluk
Kemang dan Kangar.
Seramai 146,500 perwakilan
dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut system electoral college bagi
memilih tiga Naib Presiden.
Setiap seorang daripada
tiga calon yang memperolehi bilangan undi paling banyak dari perwakilan
bahagian dikira meraih satu undi dari bahagian berkenaan.
No comments:
Post a Comment