“Al-Fatehah.
Jenazah Sdra Mohsin dari Bernama Terengganu selamat dikebumikan lepas asar tadi
di Seberang Takir. Rakan baik serumah awal tahun 70an. Beliau bawa sikit hati
ini bersamanya. Moga2 dicucuri rahmat.”
Pengarah Eksekutif Berita
dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib membuat catatan itu dalam akaun Facebooknya.
Rakan baiknya saudara
Moksin Bakhari, 57, meninggal dunia selepas kemalangan jalanraya di atas
Jambatan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu hari ini.
Datuk Ahmad, yang bergegas ke Terengganu, memulakan
kerjaya sebagai wartawan dengan Bernama pada tahun 1972 sebelum menyertai
Business Times pada tahun 1978.
Allahyarham Moksin, yang sedang
bercuti menjelang persaraan wajib Januari depan,
cedera parah di kepala
setelah motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah van dalam kejadian
12.15 tengah hari.
Beliau dalam perjalanan
pulang ke rumah di Kampung Teluk Ketapang selepas melawat anak saudaranya di
Kampung Chabang Tiga.
Ketua Biro Bernama Terengganu Amrizan Madian menyifatkan arwah
seorang pembantu tadbir yang berdedikasi dan berpengalaman dalam bidang
pentadbiran mengurus pejabat.
Katanya pemergian Allahyarham yang telah berkhidmat lebih 35 tahun
dengan Bernama sangat dirasai oleh warga Bernama khususnya di Terengganu.
Allahyarham meninggalkan isteri Noriah Hamid Sultan, 56, dan
empat anak.
Seluruh warga Bernama
mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh
Allahyarham dirahmati Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment