Banyak
usaha dilakukan Pusat Maklumat dan Perpustakaan Bernama (Infolib) untuk
menggalakkan amalan membaca di kalangan petugas.
Ini
termasuk kempen membaca yang menawarkan hadiah menarik bagi mereka yang kerap
membuat pinjaman buku.
Bagi menarik pengguna ke Infolib di Tingkat 8 Wisma
Bernama, sudut minuman atau “CafĂ© Corner” disediakan sejak April 2011.
Pengunjung
boleh menikmati minuman kegemaran mereka sambil membaca.
Petugas
Jabatan Pengarang yang terlalu sibuk untuk naik ke Infolib tidak perlu risau
kerana “pihak Infolib yang akan datang kepada mereka”.
Perkhidmatan
troli bergerak “Le Tour de Infolib” diadakan setiap Khamis bermula 3.30 petang
selama sejam.
Para
petugas Infolib akan membawa troli memuatkan pelbagai tajuk dan genre buku
ke Jabatan Pengarang di tingkat satu.
Peminjam
dibenarkan meminjam sehingga tiga buah bagi buku Bernama untuk tempoh tiga
minggu.
Bagi
buku Perpustakaan Negara Malaysia, mereka boleh meminjam dua buku untuk tempoh
dua minggu.
Kotak
‘book drop” diletakkan di tingkat satu bagi peminjam memulangkan buku.
Selain
Jabatan Pengarang, petugas Infolib Mohd Wahid Md Som dan Mohd Tazman Utuh Tang
turut menolak troli itu ke Bahagian Kewangan dan Akaun di tingkat 6.
“Sambutan
agak menggalakkan…kadang-kadang melebihi sasaran kita untuk meminjamkan sekurang-kurangnya
30 buku,” kata Wahid.
Tazman
pula berkata beliau seronok dapat menjalankan perkhidmatan itu kerana membantu
matlamat Infolib menyemai minat membaca di kalangan petugas Bernama.
Perkhidmatan
itu dimulakan sejak 2006 sebagai satu cara meningkatkan pinjaman buku.
No comments:
Post a Comment