Majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat diadakan di
surau Bernama tengah hari ini bagi memohon keberkatan perjalanan dan urusan
Haji, Timbalan Ketua Pengarang
Perkhidmatan Audio-visual Mokhtar Hussein dan jurufoto kanan Kasim Saad.
Majlis
anjuran bersama Jawatankuasa Surau dan Bernama TV itu dipimpin Encik Asri Junin
yang kemudian mengimamkan solat fardu Zohor.
Mokhtar dan Kasim dijadual berangkat ke Tanah Suci esok dan pulang pada
26 Oktober ini.
Pemergian
mereka atas undangan kerajaan Arab
Saudi yang saban tahun membuat pelawaan itu kepada para petugas media
dari negara-negara Islam.
Mokhtar
mengucapkan terima-kasih kepada jawatankuasa surau, rakan-rakan dan jemaah yang
mendoakan kesejahteraan beliau serta memohon kepada Allah s.w.t. agar
memudahkan beliau mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Beliau
turut memohon maaf kepada semua jika ada salah dan silap.
Katanya
beliau berasa tenang dan bersyukur kerana berpeluang menjadi tetamu Allah
s.w.t. pada musim haji kali ini.
Setelah mereka berdua menunggu dengan penuh debaran untuk mendapatkan visa yang belum diperolehi sehingga tengah hari ini, Kasim mencatatkan dalam Facebooknya petang ini berita menggembirakan.
"SYUKUR
ALHAMDULLILLAH..... Visa untuk saya pergi menunaikan ibadah haji telah pun
lulus. Saya memohon ampun dan maaf segala salah silap saya kepada sesiapa yang
pernah terasa hati dengan saya dan juga mohon dihalalkan makan minum. InsyaAllah
kalau dipanjangkan usia hujung bulan ini kalau diizinkan Allah
subhanahuwataala kita dapat berjumpa kembali," kata Kasim.
Sementara
itu, Ketua Biro Pulau Pinang Azeman Ariffin yang berada di Tanah Suci terus
gigih melaporkan berita walaupun demam dan selsema.
Beliau
mengikuti rombongan 24 petugas media di bawah kelolaan Lembaga Tabung Haji yang
membuat liputan sejak 3 September dan
dijadualkan pulang pada 26 Oktober ini.
Azeman
berkata beliau menghasilkan antara dua hingga tiga berita sehari.
Antara
berita yang akan diingatinya ialah wawancara dengan bekas Duta Malaysia ke Arab
Saudi Datuk Syed Omar al- Saggaf yang mempunyai banyak pengalaman.
“Dia
citer orang dulu-dulu mai haji macam mana…masa tu dia student di Madinah.
“Cerita-cerita
ini menarik sebab saya teringat masa kecik-kecik di Penang memang busy
masa musim Haji,” katanya.
Ada
banyak lagi berita menarik yang telah ditulis oleh Azeman sejak berada di Tanah
Suci.
Semalam
beliau dan rombongan media itu melawat kilang air zam zam dan melihat cara ia
dibotolkan.
“Saya
nak tulis mengenai usaha kerajaan Arab Saudi memastikan orang ramai mendapat
bekalan air zam-zam yang ori,” katanya.
“Tengah fikir nak buat mengenai sejarah air zam-zam…dulu
air disimpan dalam teko tanah, sekarang air dibotolkan.
“Bila
mai Makkah, ada dua benda orang bawa balik iaitu air zam zam dan kurma,” kata
Azeman.
No comments:
Post a Comment