Tahniah kepada Timbalan
Ketua Pengarang Perkhidmatan Audio-visual Mokhtar Hussain kerana dianugerahkan Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) sempena ulangtahun
kelahiran Yang Dipertua Negeri Sabah.
“Level pingat ASDK ini
adalah tinggi kerana turut terima pingat sama ialah dua pegawai keselamatan
yang terbunuh dalam Ops Daulat!,” kata Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan
Berita Dalam Negeri Datuk Zakaria Abdul Wahab.
Mokhtar, yang kini berada di
Madinah bersama jurufoto kanan Kassim Saad, menerima ucapan tahniah daripada
rakan-rakan di WhatsApp Bernama ED-Team.
“Tq semua. Alhamdulillah.
Saya doakan kesejahteraan seluruh warga Bernama. Dan semoga Bernama terus cekal
laksana tanggungjawab untuk agama, bangsa dan negara, insyaAllah,” katanya
menerusi WhatsApp .
Ketika diminta menyampaikan
salam warga Bernama kepada Rasulullah SAW, beliau berkata: “ Sudah saya
tunaikan semasa solat sunat di Masjid Nabawi sebaik tiba malam tadi.
“Indahnya Masjid ini…tenang
sekali,” katanya yang turut mengirim foto.
Pemergian mereka untuk mengerjakan
Haji adalah atas undangan kerajaan Arab
Saudi yang saban tahun membuat pelawaan itu kepada para petugas media
dari negara-negara Islam
Kassim pula berkata mereka
berdua sihat walafiat dan menganggap ketiadaan beg pakaiannya semasa mendarat
di Jeddah dua hari lepas sebagai ujian.
“Semalam naik bas datang Madinah,
petang esok balik Jeddah,” katanya.
Perjalanan bas mengambil
masa enam jam, katanya.
Di Madinah, mereka menetap
di Hotel Intercontinental yang terletak di sebelah Masjid Nabi.
“Alhamdulillah hotel sebelah
je ngan Masjid Nabi… 2 minit jalan kaki dapat buat solat fardu jemaah tiap
kali.
“Syukur sangat sampai tak
sedar airmata keluar mohon ampun doa banyak-banyak…ramai yang kirim minta
doakan mereka,” kata Kassim mengenai perasaannya bersolat di masjid berkenaan.
“Rasa seronok sangat dapat
sampai sini…tak putus-putus ucap syukur kepada Allah.
“Alhamdullillah dapat solat
sunat kat tepi mimbar imam dalam kawasan rawdah,” katanya.
Mengenai cuaca, beliau berkata: “Tak la panas sangat…
jalan kat luar Masjid Nabi tak pakai selipar pun tak pe, sejuk je kaki walau
panas marble tu.”
Kassim berkata tidak ramai
petugas media yang mengikuti rombongan di Madinah itu.
“Yang ada kat Madinah sekarang
3 dari Malaysia (dua Bernama dan seorang dari RTM), 1 Brunei, 1 Azerbaijan, 1 Morocco
dan 2 lagi tak tau dari mana.. tu je,” katanya.
“Jap lagi nak pergi melawat
expo Nabi Muhammad, esok pagi pergi lawat kilang cetak al-Quran,” katanya.
No comments:
Post a Comment