“SELAMAT BERSARA KAK AM
1981-2013”.
Kata-kata ini terpampang di Bahagian
Perkhidmatan Media dan Pangkalan Data di tingkat 8, Wisma Bernama.
Setelah 32 tahun berkhidmat
untuk Bernama, “Kak Am” atau Puan Ambia Tawil akan mula bersara pilihan mulai
esok.
Rakan-rakan sepejabat mendoakan
yang terbaik bagi beliau sambil mengucapkan selamat bersara pada majlis
perpisahan pagi ini.
Beliau adalah antara petugas
lama Bernama yang menyertai agensi ini ketika ibupejabat masih di Bangunan
MCOBA di Jalan Syed Putra.
Tentulah banyak kenangan
yang akan tersimpan dalam sanubarinya setelah sekian lama bertugas dengan
Bernama.
Malahan bertemu jodohpun di
Bernama.
“Sedih tu memanglah ada tapi
bila kenangkan kawan-kawan rapat dah tinggalkan saya, saya redha dengan
keputusan ini (bersara awal).
“Saya keluar, adalah orang
masuk,” kata Puan Ambia, pembantu tadbir di Unit Pangkalan Data.
Menurutnya, persaraan itu
membolehkan beliau menumpukan perhatian kepada perniagaan catering.
Walaupun bersara, Bernama
akan tetap di hatinya kerana suaminya Encik Shafie Toha masih berkhidmat dengan
Bernama.
Mereka mempunyai lima orang
anak termasuk dua yang telah berumahtangga.
No comments:
Post a Comment