Sebelum melangkah pulang dari pejabat malam tadi, saudara Shamsudin Puteh sempat merakam suasana syahdu di lobi Wisma Bernama yang kini berwajah baharu dengan latar belakang pemandangan seperti akuarium.
Suasananya yang hening dan lembut sungguh mendamaikan kalbu.
Beliau berkongsi foto dan mencatatkan mengenai perasaannya itu di Facebook.
Penyunting Meja Bahasa Malaysia Perkhidmatan Berita Dalam Negeri itu yang memang dikenali sebagai seorang yang handal berpantun turut menukilkan serangkap pantun:
Dini hari datang bertamu
bayu lembut membelai rasa
bila bersua usahlah jemu
peritnya jiwa menanti masa
"Pantun itu saya cipta secara spontan daripada ilham yang menjelma daripada suasana romantis yang sungguh mendamaikan itu," katanya.
Dalam pada itu, visual persembahan tarian singa dalam akuarium yang dimuat-naik menerusi Facebook Bernama Offbeat menarik perhatian 1.1 juta tontonan -- jumlah paling tinggi dicatatkan sejak 1 Februari lepas.
Visual berdurasi 57 saat itu turut dikongsi 32,000 kali.
Persembahan itu diadakan di Aquaria KLCC dan dikenali sebagai Opera Di Dalam Air, yang dianjurkan sempena Tahun Baharu Cina (CNY).
Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Aquaria KLCC, Datuk Simon Foong berkata persembahan itu menampilkan Teater Opera Cina dan tarian singa dalam akuarium.
"Ini tahun keenam kita menganjurkan persembahan tarian singa dan untuk mencetuskan suasana baharu tahun ini, kita mengambil keputusan untuk memperkenalkan persembahan opera dalam program Tahun Baharu Cina.
"Pengunjung boleh menyaksikan peserta (penyelam) memakai pakaian tradisional tarian singa dan menari, betul-betul seperti tarian itu dipersembahan," katanya.

No comments:
Post a Comment