Penggunaan perkataan 'ditemukan' dalam berita bagi merujuk kepada penemuan mayat menimbulkan kekeliruan bagi sesetengah pembaca serta pendengar.
Ramai merasakan penggunaan perkataan tersebut sebagai janggal kerana sudah biasa dengan istilah "ditemui" dalam berita seumpama itu.
Persoalan ini turut diajukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagaimana rujukan berikut yang boleh dibaca di internet.
"Semenjak kebelakangan ini, media menggunakan perkataan "ditemukan" dalam ayat seperti: "...satu mayat ditemukan.." sedangkan sebelum ini perkataan "ditemui" digunakan. Mohon penjelasan.
Jawapan yang diberikan DBP:
"Untuk makluman, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran".
Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui".
Sehubungan dengan itu, pemilihan perkataan "ditemukan" memang tepat berdasarkan contoh ayat yang diberikan.
Tq
ReplyDelete