Saturday 18 February 2017

Hari yang menggembirakan bagi Lat Zaharah...

Ketua Meja Penyuntingan Bahasa Malaysia Perkhidmatan Berita Ekonomi (PBE) Lat Zaharah Abd Mutalib menyambut ulangtahun kelahiran dengan azam untuk terus berusaha yang terbaik.
Walaupun menurut beliau perasaannya biasa sahaja namun hari ini "satu hari yang menggembirakan"
"Dah 55 tahun...jika dulu, umur ni dah pencen. Alhamdullilah, masih berpeluang untuk terus berkhidmat," katanya.
Pagi-pagi lagi beliau sudah menuju Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara.
"Breakfast dengan anak sebelum dia berlepas ke Kuching, Sarawak untuk penempatan kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dengan jabatan kerajaan dan agensi selama 13 minggu," katanya.
"Semalam rakan-rakan di Meja Penyuntingan Bahasa Malaysia PBE meraikan saya dengan pelbagai menu kampung. 
"First time hidangan menarik ini...terima kasih untuk mereka," kata Lat Zaharah yang genap 34 tahun berkhidmat dengan Bernama pada 13 Mac ini.
Ketika ditanya azam hari lahirnya, beliau berkata:
"Berusaha yang terbaik...Redha dan ikhlas dalam kehidupan, kita hanya berusaha, Allah juga yang menentukan rezeki," katanya. 
Beliau menghargai ucapan yang diberikan oleh rakan-rakan pejabat serta kenalan menerusi Facebook, whatsapp, Instagram serta secara lisan.
"Terima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan selamat hari lahir, panjang umur dan murah rezeki buat saya.
"Doa kalian semua amat saya hargai dan semoga Allah S.W.T memakbulkan dan perkenan segala doa yang baik. Amin," katanya.

No comments:

Post a Comment