Malam Wartawan Malaysia yang dianggap sebagai acara penting dalam kalender media tempatan akan diadakan pada 21 April ini.
Majlis tahunan anjuran Malaysian Press Institute (MPI) itu bertujuan mengiktiraf karya-karya kewartawanan terbaik sepanjang tahun 2016 menerusi Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2016.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diundang sebagai tetamu kehormat, menurut MPI dalam satu kenyataan.
MPI mengekalkan tradisi tetamu kehormat yang diundang adalah Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri secara berselang seli.
Tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir meraikan kalangan wartawan selaku tetamu kehormat.
Keputusan mengundang Perdana Menteri sebagai tetamu kehormat dibuat oleh Jawatankuasa Induk Penganjuran Malam Wartawan Malaysia 2017 pada mesyuaratnya 17 Januari lepas.
Ia dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya dan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad Datuk Mustapa Omar yang juga Pengerusi Bersama jawatankuasa itu.
Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) ditaja oleh PETRONAS dengan nilai tajaan RM300,000 sama seperti tahun lalu.
PETRONAS adalah penaja eksklusif HKM sejak tahun 1994.
Pengesahan tajaan itu dimaklumkan oleh Pengurus Besar Jabatan Perhubungan Media, Encik Azman Ibrahim pada mesyuarat tersebut.
Jawatankuasa Induk Penganjuran Malam Wartawan Malaysia bergambar kenangan sejurus tamat mesyuarat |
No comments:
Post a Comment