Oleh Azeman Ariffin
Foto drp Laman web Hari Pers Nasional 2017 |
Katanya, walaupun media sosial banyak memberi manfaat kepada masyarakat tetapi terdapat mereka yang menyalahgunakannya sehingga segala berita palsu dan kegiatan negatif begitu mudah dan cepat disebarkan.
"Kita tahu betapa pentingnya media massa bagi pembangunan negara ini. Saat ini, dunia media arus utama menghadapi cabaran besar dengan hadirnya media sosial," katanya ketika merasmikan Hari Pers Nasional di Kota Ambon.
Beliau berkata, kegiatan penyebaran berita palsu menerusi media sosial merisaukan kerajaan di seluruh dunia dan beliau turut mendengar keluhan mengenainya ketika bertemu presiden dan perdana menteri negara lain.
Presiden yang dikenali dengan panggilan Jokowi itu berkata, antara cabaran kerajaan sekarang ialah tidak dapat mengawal kegiatan penyalahgunaan medium ini, menyebabkan penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa.
Jokowi berkata semua pihak harus bersatu menghalang kegiatan berita palsu ini supaya kegiatan menfitnah dan sebagainya dapat dihentikan.
Beliau bagaimanapun yakin kemunculan media sosial tidak akan menjejaskan akhbar arus utama kerana walaupun media sosial menjadi pilihan utama kerana kecepatan maklumat tetapi media arus utama lebih menonjol dari aspek ketepatan maklumat.
Majlis perasmian Hari Pers itu turut dihadiri delegasi 20 pengamal media dan ketua pengarang dari Malaysia diketuai Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Antara anggota delegasi itu ialah Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang juga Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment