Saturday 11 February 2017

Kegigihan menampakkan hasil....

Usaha gigih menjejaki pereka logo Bernama telah menampakkan hasil. 
Pengurus Bahagian Perhubungan Media dan Pengurusan Acara (MREM) Puan Zaria Mohd Nasri dapat menghubungi Encik Shahnan Abdullah dan sedang menyelaraskan usaha untuk menemubual beliau menjelang sambutan ulangtahun ke-50 Berrnama, Mei ini.
Setelah mendapat nombor telefon Encik Shahnan "daripada hasil siasatan", Zaria cuba menghubunginya tetapi tidak berjawab.
Beliau tidak berputus asa dengan menghantar mesej tetapi juga tidak dibalas.
Akhirnya, usaha beliau berbaloi apabila Encik Shahnan menelefon Zaria tetapi mereka tidak bercakap panjang.
"Dia masih sihat katanya...suarapun ceria," kata Zaria.
"Sekarang tengah coordinate untuk interviu beliau," katanya.
Encik Shahnan memenangi pertandingan mencipta logo Bernama yang diadakan pada tahun 1975 ketika beliau berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Beliau mendapat ilham daripada pita teleprinter untuk menghasilkan logo yang masih menjadi lambang Bernama sehingga kini.
Encik Shahnan dilaporkan berkata ilham itu datang pada saat-saat akhir sebelum tarikh peraduan ditutup 30 April 1975.
Beliau telah mengambil beberapa helai pita teleprinter dan cuba mereka sesuatu daripadanya.
Pita itu dilipat menjadi huruf 'B' dan ini mencetuskan ilham untuknya mereka logo itu.
Warna biru dipilih sebagai latarbelakang bagi mencerminkan perpaduan.
Sebanyak 264 penyertaan diterima dari seluruh negara bagi peraduan itu yang menawarkan hadiah RM1,000 bagi pemenang pertama.
Logo itu menggantikan logo yang digunakan sejak awal operasi Bernama yang menggunakan perkataan 'bernama' berwarna jingga.

No comments:

Post a Comment