Foto Terengganu Times |
Beliau berkata banyak isu dibangkitkan pihak berkenaan yang mempunyai agenda tertentu terutama menjelang pilihan raya umum.
"Jika nak diikutkan, sejak dulu lagi, apa sahaja pembangunan yang kita buat pasti ada sahaja yang membangkang, namun kita lihat mereka yang membangkang dulu turut menikmati kemudahan hasil pembangunan yang dijalankan kerajaan.
"Saya sangat berterima kasih atas hubungan baik yang terjalin antara media dan kerajaan negeri selama ini kerana banyak penjelasan diberi kepada rakyat mengenai isu-isu tersebut yang akhirnya dapat memberi mereka kefahaman yang sangat jelas dan tidak lagi terpengaruh dengan tohmahan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama media di Seri Iman, kediaman rasmi Menteri Besar di Kuala Terengganu malam ini yang dihadiri lebih 150 pengamal media dari pelbagai organisasi.
Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga sangat menghargai peranan media dalam menyampaikan berita dan maklumat pantas mengenai banjir yang berlaku baru-baru ini.
"Laporan tepat dan pantas ini sangat penting bagi membolehkan mangsa banjir dibantu sewajarnya walaupun pada masa sama media terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk menjalankan tugas mereka.
"Peranan media dalam penganjuran Visit Beautiful Terengganu 2017 tahun ini juga diharap mampu melonjakkan lagi sektor pelancongan negeri yang secara tidak langsung memberi banyak manfaat kepada rakyat dalam ekonomi setempat.
"Saya berharap agar semangat ini akan berterusan dan jalinan baik antara media bersama kerajaan negeri membawa lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment