Perkembangan teknologi membolehkan siaran radio bukan lagi setakat didengar tetapi kini dapat dilihat.
Menerusi internet, para peneraju radio kini lebih dikenali berbanding juruhebah terdahulu yang diminati kerana suara emas mereka yang didengari di corong radio.
Sempena Hari Radio Sedunia hari ini, pasangan peneraju popular Bernama Radio, Amar Yusof dan Raifa Zulkifli berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan peneraju di stesen-stesen lain.
Mereka menghubungi Halim Othman dan Fizi di Suria FM, Anisma Azwati Ahmad (Radio Klasik) dan Faiz serta Hafrina di Sabah FM untuk siaran Ala-Carte Pagi khas sempena sambutan itu.
Mereka menghubungi Halim Othman dan Fizi di Suria FM, Anisma Azwati Ahmad (Radio Klasik) dan Faiz serta Hafrina di Sabah FM untuk siaran Ala-Carte Pagi khas sempena sambutan itu.
Perbualan mereka tidak hanya didengar di udara tetapi disiarkan secara 'live' melalui Facebook Bernama Radio yang membolehkan orang ramai 'menonton' siaran radio berkenaan.
"Dulu DJ radio orang tak berapa kenal berbanding personaliti TV..." kata seorang daripada mereka disusuli lagu "Hanya di Radio" nyanyian Zainal Abidin.
Bernama Radio, yang menggunakan tag line "Berita Pantas, Info Berterusan" turut 'menyiarkan' secara langsung melalui Facebooknya temubual dua wartawannya Farha Roslan dan Isa Zubir dengan orang ramai sempena Hari Radio Sedunia.
Dengan kerjasama syarikat Prasarana, Farha menaiki LRT untuk menemuramah beberapa penumpang dengan bertanyakan mereka sama ada biasa mendengar radio dan siaran yang diminati.
Daripada enam orang yang ditemubual untuk slot secara langsung itu, tiga merupakan warga asing -- Kemboja, India dan Finland.
"You have a very nice country and very nice people," kata pelancong wanita dari Finland itu.
Kerana disiarkan secara langsung, elemen berita pantas dapat diserlahkan manakala maklumat bahawa kemudahan pengangkutan awam itu turut dimanfaatkan oleh para pengunjung menjadikannya sebagai info berterusan.

Isa pula menemubual penumpang bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang turut disiarkan secara langsung melalui Facebook Bernama Radio.
Mereka berdua kemudian menuju ke Dataran Putrajaya untuk menemubual beberapa orang lagi pengunjung yang memberikan komen secara langsung.
Laporan berita secara terus dari lapangan merupakan antara objektif penubuhan Bernama Radio untuk menyajikan berita dan maklumat dengan cepat dan tepat.
Laporan berita secara terus dari lapangan merupakan antara objektif penubuhan Bernama Radio untuk menyajikan berita dan maklumat dengan cepat dan tepat.
No comments:
Post a Comment