Tuesday 7 February 2017

Jadikan internet platform berguna...

 Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred
Foto Bernama
Madius Tangau merasmikan sambutan "Safer Internet Day 2017" hari ini dengan 
menyeru pengguna menjadikan internet sebagai platform pengumpulan ilmu yang berguna.
 Beliau berkata telah menjadi kebiasaan kepada pengguna internet masa kini mentularkan sesuatu perkara tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan maklumat tersebut.
 "Penyebaran maklumat palsu merupakan perkara yang serius dan harus diberi perhatian oleh semua pihak,
 "Justeru komuniti yang aktif dalam internet dan media sosial harus memastikan hanya berita yang sahih sahaja disebarkan dan bukannya berita palsu yang mampu memberi kesan buruk untuk jangka panjang," katanya.
  Madius berkata tahun ini merupakan tahun kelapan sambutan 'Safer Internet Day' di Malaysia dengan tema 'Be The Change: Unite for a Better Internet.
 Sambutan anjuran CyberSecurity Malaysia (Cybersecurity) itu diadakan pada setiap bulan Februari. 
 Menurutnya, penipuan dalam talian merupakan kes paling banyak dilaporkan membabitkan keselamatan siber di Malaysia bagi tempoh lima tahun.
 Cybersecurity mencatatkan 3,921 kes membabitkan penipuan dalam talian tahun lepas berbanding 3,257 kes pada 2015.
 "Penipuan itu melibatkan pembelian barangan dalam talian, urus niaga perbankan internet, phising dan scam.
 "Selain itu, Cybersecurity menerusi Pusat Koordinasi Cyber999 juga mendapati penjenayah siber turut melakukan penyebaran malicious software atau 'malware' dan pencerobohan data maklumat yang boleh merosakkan sistem komputer dan menggugat keselamatan data peribadi individu atau sebuah organisasi," katanya.
  Orang ramai perlu melaporkan sebarang kejadian jenayah siber dengan segera kepada Cybersecurity untuk membasmi jenayah siber yang semakin meningkat sekarang, katanya.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment