Tuesday 28 February 2017

Prosedur operasi lif Wisma Bernama dipertingkatkan...

Prosedur Operasi Standard (SOP) kendalian lif di Wisma Bernama ditambah baik susulan insiden lapan orang petugas Bernama yang terperangkap dalam lif pada 14 Februari lepas.
Mereka telah terperangkap selama 40 minit akibat daripada masalah teknikal lif tersebut yang merupakan satu daripada empat buah lif yang digunakan di bangunan itu.
Langkah-langkah pembaikan yang dilakukan ialah:
Kawalan 24 jam di Bilik Kawalan Api termasuk hari cuti umum dan hujung minggu.
Sistem interkom akan diuji tiga kali sehari.
Latihan penggunaan interkom dan kamera litar tertutup (CCTV) akan dilakukan setiap bulan dan dimasukkan dalam sukatan latihan kawad keselamatan.
Telah berbincang dengan pihak Maxis dan pembekal perkhidmatan (service provider) yang lain untuk mereka meletakkan IBC Antenna di dalam Shaft Lift agar talian dapat diterima.
Buat masa ini hanya Maxis sahaja yang memberikan jawapan untuk memasang IBC Antenna tersebut.
Langkah itu dibuat memandangkan semasa kejadian, mereka yang terperangkap cuba membuat panggilan menggunakan telefon bimbit tetapi tiada talian.
Pelekat menunjukkan butang kecemasan dalam lif juga telah diletakkan bagi memudahkan penumpang mendapatkan bantuan sekiranya terperangkap.

No comments:

Post a Comment