Sunday 19 February 2017

Baung masak lemak menu hari jadi ...

Masakan lemak cili padi memang menjadi kegemaran Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Datuk Mokhtar Hussain.
Pagi ini ketika berkunjung ke pasar tani berdekatan Stadium Paroi, beliau ternampak ikan baung.
"Sekilo RM30...beli lima ekor haha...masak lomak," katanya yang ceria dalam suasana menyambut hari lahir ke-56 hari ini.
Mungkin ia menjadi hidangan istimewa bagi Datuk Mokhtar yang tidak putus-putus menerima ucapan selamat hari lahir menerusi Whatsapp, Facebook serta secara lisan.  
Beliau menghargai segala ucapan itu dengan pesanan "Luv u all" menerusi WhatsApp.  
"Hari ni biasa jer...pagi pergi pasar tani...petang gi Kuala Pilah kampung wife (Datin Zalmy Zain)," kata Mokhtar yang menerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb tahun lepas.
Beliau berkata apa yang penting bagi Bernama ialah "motivasi dan kemahiran" yang ada di kalangan para petugasnya.
"Selagi ada motivasi untuk maju dan setiap hari berusaha berfikir cara tingkatkan kemahiran, insyaAllah Bernama akan terus relevan," katanya.
Mokhtar yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang Undang-undang Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Falsafah Perundangan dari Universiti Malaya.
Sebelum dilantik sebagai TKP Perkhidmatan Berita Dalam Negeri pada 9 Dis 2014, beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarang Unit Audio Visual selain pernah bertugas sebagai Pengarang Meja Berita Am.
   

No comments:

Post a Comment