Saturday 21 September 2013

Zarul 'rock' dengan Amy Search ...


Bukan senang nak dapat menyanyi dengan Amy Search, penyanyi rock yang amat popular di Malaysia dan Indonesia.
Oleh itu, wartawan Ekonomi, Zarul Effendi Razali sehinggakan tidak dapat berkata-kata (speechless) apabila mendapat peluang menyanyi bersama Amy pada malam Media Permodalan Nasional Berhad di ibu negara malam tadi.
“Bukan semua orang dapat peluang macam itu,” kata Zarul mengingatkan kenangan manis menyanyikan ‘Isabella’ bersama-sama penyanyi lagu ‘hit’ itu sendiri.
Zarul memang meminati lagu itu, yang begitu popular pada tahun 1990-an, dan tidak mempunyai masalah mengalunkannya.
“Ia kebetulan sahaja apabila dia turun dari pentas dan mencari orang yang nak menyanyi dengannya,” katanya ketika ditanya bagaimana beliau boleh dipilih menyanyi dengan Amy.
“Mula-mula tu gedebak gedebuk juga tapi bila dah naik pentas, tak rasa takut sangat….lagipun kawan-kawan ramai di bawah,” katanya.
Apakah ‘Isabella’ nama seseorang yang pernah dikenalinya?
“Tak ada…saya memang minat juga lagu-lagu rock yang muncul sekitar 1980-an dan 90-an,” katanya.
Selain Search, Zarul juga meminati Flybaits yang popular dengan lagu ‘Kenangan Lalu’, kumpulan Darmasutra, Wings dan beberapa band lain.
Zarul, 26, yang menyertai Bernama tiga tahun lepas, berkata ia kali kedua beliau menghadiri malam media anjuran PNB.   

No comments:

Post a Comment