Wednesday 25 September 2013

Barisan exco KPPB sedia berkhidmat...

Seperti  yang dijangkakan,  Zaharin Mat Noor kekal  tanpa bertanding sebagai Yang Dipertua Kesatuan Pekerja-pekerja Bernama (KPPB) yang mengadakan mesyuarat agungnya di Wisma Bernama, Sabtu lepas. 
Barisan exco sesi 2013-2015 seperti berikut:

YDP    : Zaharin Mat Noor
TYDP    : Abu Kasim Chik
Bendahari : Hanafiah Omar
Setiausaha: Norrisah Abu Bakar
Penolong Setiausaha: Mohamod Nik
AJK     : 1. Amarul Nakhim bin Ahmad
             2: Safiah Nawawi
             3. Noor Aishah Ayob
             4. Rafeaton Mohd Ali
             5. Yai Bang King

Juruaudit Dalaman:    Jamaludin Ismail dan Azhar Marzuki.
 Pemegang Amanah:  Wan Mohd Rady, Rahimi Md Yusof dan Jenah Baba
 Zaharin berkata mesyuarat berjalan lancar dan antara cadangan yang dipersetujui  ialah:
 1. Saguhati sebanyak RM100 bagi ahli yang dimasukkan ke hospital boleh dituntut setelah satu hari satu malam berbanding lima hari sebelum ini.  Saguhati ini ditetapkan maksimum tiga kali setahun.
2. Khairat kematian (untuk ahli sahaja) yang akan diberikan kepada waris ahli dinaikkan dari RM300 kepada RM500.
3. Sumbangan kepada ahli-ahli yang bersara (pencen) wajib atau pilihan dinaikkan dari RM300 kepada RM500 dengan syarat ahli yang bersara berumur 50 tahun ke atas dan telah menjadi ahli kesatuan lebih dari 10 tahun.
Abu Kasim atau ‘Che Din’, yang dipilih semula sebagai Timbalan Yang Dipertua, berkata tumpuan kini harus difokuskan  kepada melaksanakan program untuk faedah anggota.

“Saya sedar akan tanggungjawab yang diamanahkan oleh  
 ahli-ahli kesatuan,” katanya.
“Pelbagai aktiviti akan cuba kita usahakan bagi meningkatkan peranan KPPB,” katanya.
 

No comments:

Post a Comment