Saturday 21 September 2013

Selamat berbahagia Azira ...

Selamat pengantin baru bagi Penolong Pegawai Tadbir Sumber Manusia, Nor Azira Mansor dan pasangannya Fitri Afiq Mohd.
Majlis meraikan perkahwinan mereka diadakan di Dewan Pusat Komuniti Lembah Pantai di Pantai Hillpark, Kuala Lumpur hari ini.
Azira, 24, dan Afiq, 25, pegawai di Bahagian Perolehan, Kementerian Kewangan ceria menyambut tetamu yang memberikan ucapan tahniah dan selamat berbahagia melayari alam perkahwinan.
Di samping pekerjaan masing-masing, mereka merupakan teman sekuliah dalam pengajian yang sedang diikuti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Haji Mansor Ibrahim jelas gembira dengan kehadiran ramai sanak saudara dan kenalan ke majlis perkahwinan anak perempuannya itu.
Azira adalah anak kedua daripada tiga beradik.  
Ada juga rakan-rakan pejabat yang akan mengingati majlis berkenaan kerana terperangkap dalam "jam" di Lebuhraya Mahameru dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sehinggalah ke Jalan Damansara menghala ke Jalan Bangsar.
"Kami terperangkap hampir sejam dalam jam tetapi tetap pergi kerana masih awal," kata Puan Norliza Hashim dari Perkhidmatan Berita Antarabangsa (PBA) yang menumpang kereta Penolong Editor Meja Penyuntingan Bahasa Malaysia Perkhidmatan Berita Ekonomi (PBE) Puan Nasriah Hj Darus.
Pada hari berkenaan, perarakan raksasa sempena Hari Angkatan Tentera (ATM) ke-80 diadakan dengan melalui Dataran Merdeka.    

No comments:

Post a Comment