Sunday 22 September 2013

Bernama juarai bowling ANGKASA...

Bernama mengalahkan 41 pasukan untuk menjuarai ‘Santai Bowling’ anjuran ANGKASA peringkat Wilayah Persekutuan di Superbowl, Berjaya Times Square hari ini.
ANGKASA menganjurkan kejuaraan itu bagi menghargai sumbangan majikan terutama melibatkan urusan potongan gaji.
Timbalan Bahagian Akaun Kutipan dan Perhubungan Pelanggan ANGKASA Mohamad Darulnizam Mat Darus berkata sebagai juara Wilayah Persekutuan, pasukan Bernama akan bertanding di peringkat nasional.
“Kita belum tahu lagi bila tetapi mungkin Disember ini,” katanya.
Setakat ini, kejuaran itu telah diadakan di Selangor  minggu lepas dan akan diteruskan ke negeri-negeri lain.
Pertandingan itu diadakan sejak 2010.
“Tahun ini, kita syaratkan agar pasukan mesti mengandungi  peserta dari unit gaji kakitangan,” katanya.
Pasukan Bernama dibarisi Nor Aida Anuar, Muhamad Adam Jayabalan, Auzan Ayob dan Mohd Yusof Wahab.
“Alhamdulillah, first time kita masuk …tak sangka jadi juara,” kata Yusof.
Melihat kepada pasukan-pasukan lain, beliau berkata ada juga rasa ‘gerun’  tetapi mereka tetap bersemangat untuk menaikkan nama Bernama.
ANGKASA adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi Malaysia.
Ia menjalankan khidmat teras iaitu menyediakan khidmat potongan gaji kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun, kelab, koperasi, kesatuan dan syarikat GLC.

No comments:

Post a Comment