Tuesday 11 April 2017

Sistem BEST2 akan 'Go Live' mulai 15 April...

Para pengguna sistem baharu BEST 2.0, Newslink5 dan BLIS di ibupejabat dan biro dimaklumkan bahawa Sistem BEST 2.0, Newslink5 dan BLIS  akan 'Go Live' pada  Sabtu, 15 April 2017 mulai pukul 7 pagi.
Sebelum semua sistem Go Live pada tarikh yang dinyatakan, sistem baru akan freeze mulai hari Jumaat, 7 April 2017 hingga Jumaat, 14 April 2017.
Pada tempoh masa tersebut  semua akses pengguna ke sistem akan ditutup. Semua pengguna juga tidak dibenarkan membuat ujian penghantaran berita melalui sistem baru.
Ini adalah bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan, migrasi data dan kerja-kerja persiapan akhir oleh pihak vendor dan TMK.
Semua sistem tersebut boleh diakses semula pada  pukul 7 pagi, Sabtu, 15 April 2017.
Bagi pengguna yang ‘Create Roster’ akses akan hanya diberikan pada hari Jumaat, 14 April 2017 bagi persediaan ‘Jadual Petugas’ yang akan bermula pada 15 April 2017.
Semua pengguna sistem BEST sedia ada, perlu menyiapkan segala tugasan sebelum pukul 11 malam pada hari Jumaat, 14 April 2017.  
Penghantaran liputan berjadual Bernama perlu ditangguhkan sehingga pada pukul 7 pagi, 15 April 2017 melalui sistem baru.
Sistem BEST sedia ada akan diberhentikan penghantaran berita pada pukul 0001 pagi,  15 April 2017.

Sistem BEST 2.0 boleh diakses melalui URL http://bestv2.bernama.com  atau http://seb.bernama.com

Sistem Newslink5 boleh diakses melalui URL http://Newslink5.bernama.com

Sistem BLIS boleh diakses melalui URL http://blisv3.bernama.com


ABDUL RAHMAN YUSOF
Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi ,BERNAMA




No comments:

Post a Comment