Seratus satu (101) orang wartawan yang telah menghasilkan 79 karya dari 22 organisasi media akan berentap ke pusingan akhir Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2016 untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM300,000 tajaan PETRONAS.
Karya-karya tersebut, yang menduduki tempat lima teratas dalam penilaian pusingan kedua kini dalam proses penilaian peringkat ketiga untuk memilih para pemenang dan penerima sagu hati bagi 20 kategori yang dipertandingkan.
Pemenang bagi kategori yang disertai akan menerima hadiah wang tunai RM10,000 manakala pemenang sagu hati pula membawa pulang RM1,000.
Karya terbaik dalam kalangan 20 kategori itu akan dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Kajai yang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, selain trofi dan sijil.
Hadiah kepada para pemenang HKM 2016 akan disampaikan pada Malam Wartawan Malaysia 2017 pada 21 April 2017 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Tetamu kehormat malam tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bilangan wartawan melebihi jumlah penyertaan yang layak ke pusingan akhir itu kerana sebilangan karya dihasilkan secara berpasukan oleh lebih seorang wartawan. Ada karya yang dihasilkan oleh enam orang wartawan.
Bagi penilaian pusingan pertama, panel hakim yang terdiri daripada para wartawan veteran dan tokoh akademik dalam bidang kewartawanan, media dan komunikasi telah menilai 291 penyertaan secara keseluruhannya.
Dari segi kedudukan lima teratas selepas penilaian pusingan kedua selesai, The Star berada pada kedudukan pertama dengan 15 penyertaan diikuti oleh Berita Harian dan Harian Metro dengan sembilan penyertaan masing-masing.
Enam penyertaan Utusan Malaysia, New Straits Times dan TV3 juga layak ke pusingan akhir.
Senarai lima teratas kini dipaparkan dalam halaman web MPI selepas mendapat pengesahan Ketua Panel Hakim HKM MPI PETRONAS 2016, Datuk Yong Soo Heong.

No comments:
Post a Comment