Saturday 1 April 2017

Bernama handal kejohanan boling Kementerian Sumber Manusia-Media...


Pasukan Bernama merangkul tempat kedua dalam pertandingan Boling Kementerian Sumber Manusia (KSM) Bersama Media Sempena Hari Pekerja 2017 dan Hari RTM Ke-71.
Seramai 152 peserta mewakili 38 pasukan menyertai pertandingan bertempat di Wangsa Bowl IOI City Mall Putrajaya pagi ini.
Ia dirasmikan Ketua Setiausaha KSM Datuk Seri Adenan Abdul Rahman. 
Pasukan Bernama yang dianggotai Halim Hafiz, Baharudin Jalil, Fahmi Idris dan Maznah Abu Bakar memenangi hadiah berupa wang tunai, trofi dan hamper.
Maznah juga muncul tempat ketiga individu wanita. 
Bernama turut memenangi acara tema pakaian terbaik apabila Shaharom Ahmad, Mohd Adnan Othman, Mohd Suffian Juraimi dan Rosne Hanafiah memilih untuk berpakaian tentera.
Berat membawa nama Bernama, berat lagi perasaan kami yang terpilih untuk mewakili dan menjaga nama BERNAMA agar terus kekal ternama.
Perasaan gementar ini pasti akan menyinggah dalam sanubari  setiap  peserta apabila berada di gelanggang bagi memulakan perlawanan. 
Akan tetapi demi semangat kesukanan dan nama BERNAMA yang dibawa, perasaan itu dilontar jauh agar ia tidak menjadi gangguan dan hilang fokus dalam pertandingan.
Penganjuran pertandingan yang julung kali dianjurkan kementerian itu membuktikan kebolehan Ketua Komunikasi Korporat KSM, Encik Izzad Zalman yang merupakan bekas kakitangan BERNAMA (Perkhidmatan Berita Antarabangsa).
Kami rakan-rakan Izzad di Bernama amat berbangga atas kesungguhannya dalam menjayakan program ini. Tahniah Izzad !, 

Laporan dan foto Maznah Abu Bakar.  
















No comments:

Post a Comment