Friday 21 April 2017

Farhah, Rushdan terima hadiah saguhati...

Wartawan Bernama Radio, Nurliyana Farhah Ruslan menerima hadiah saguhati bagi kategori laporan radio terbaik manakala jurufoto Bernama Ahmad Rushdan Abdul Manan menerima hadiah saguhati untuk kategori kewartawanan foto cemerlang pada Malam Wartawan Malaysia 2017 malam ini.
Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta sijil.
Farhah menghasilkan laporan bertajuk "Eksploitasi kanak-kanak: Rela atau terpaksa".
MWM 2017 menyaksikan 291 penyertaan diterima bagi 20 kategori yang pemenang bagi setiap kategori menerima wang tunai RM10,000, sijil serta trofi.
Enam wartawan akhbar The Star muncul sebagai pemenang Hadiah Kajai pada majlis  anjuran bersama Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Petronas itu.
Menerusi laporan 'To catch a predator', 'Child grooming laws around the world' dan 'Date with a sexual predator'; Samantha Chow, Clarissa Say, Maryam Zainol, Elroi Yee, Ian Yee dan Lim May Lee menerima hadiah RM30,000 beserta sijil dan trofi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Buat pertama kali juga pada MWM 2017, anugerah Tokoh Media diberikan kepada Pengerusi/Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub untuk sumbangannya kepada organisasi.
-- BERNAMA


No comments:

Post a Comment