Tuesday 25 April 2017

Kritikan membina media untuk tingkat perkhidmatan...

Para pengamal media perlu memberi kritikan yang membina bagi menjadikan perkhidmatan awam lebih baik dan berkesan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau  berkata media memainkan peranan penting dalam  memberi pujian atas kejayaan-kejayaan kerajaan serta adakalanya  memberi teguran terhadap usaha kerajaan.
Katanya kerajaan bukan mengharapkan pujian daripada media setiap hari kerana pujian-pujian itu akan menjadikan  perkhidmatan awam berada dalam zon selesa dan leka.
"Kita memerlukan media memantau perjalanan pelaksanaan sistem perkhidmatan awam kepada rakyat. Media adalah mata untuk kerajaan.
"Oleh itu , kita galakkan media memberi kritikan membina," katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Ketua Setiausaha Negara Bersama Media 2017 di Putrajaya hari Ini. 
Ali berkata soal  persepsi amat penting dan pihak media perlu membantu  kerajaan memberi gambaran jelas kepada rakyat mengenai dasar-dasar dan program kerajaan.
Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad. 
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment