Bersempena dengan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Bernama, sebanyak 50 buah skuter akan mengiringi
peserta Jelajah 1 Jiwa Bernama pada majlis pelepasan 13 Mei ini.
Beberapa kelab skuter dari Kuala Lumpur dan Selangor telah
menyatakan kesudian untuk sama-sama memeriahkan program tersebut yang bermula di Wisma Bernama.
Peneraju program Amrizan Madian mengadakan perjumpaan dengan kelab-kelab berkenaan malam tadi untuk menerangkan mengenai acara itu.
Konvoi itu akan mengiringi para peserta Jelajah 1 Jiwa ke pejabat
Bernama Putrajaya dan Bernama Selangor di Shah Alam.
Majlis pelepasan konvoi itu dijangka disempurnakan
oleh Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang bersama Pengurus Besar Bernama
Datuk Zulkefli Salleh di perkarangan Wisma Bernama.
Objektif program tersebut bertujuan memberi peluang kepada kakitangan Bernama di seluruh negara untuk
sama-sama merasai kemeriahan sambutan Ulang Tahun Ke-50 Bernama.
Ia juga untuk merapatkan hubungan kakitangan Bernama selain menghargai
bekas-bekas petugas Bernama yang telah bersara dan menetap di seluruh negara.
Program itu melibatkan 15 penunggang motosikal (Scooter
250cc/superbike) daripada Bernama.
Angka 15 dipilih sebagai mewakili 14 negeri
dan Wilayah Persekutuan di mana letaknya pejabat Biro Bernama.
Program jelajah itu diharap dapat mencapai segala objektif untuk menjadikan Bernama sebagai agensi berita yang unggul dan cemerlang selepas 50
tahun menempuh pelbagai cabaran sebagai
peneraju utama dalam menyampaikan maklumat serta dasar kerajaan kepada
rakyat.
Terbaik
ReplyDelete