Amazing.
Wonderful. Superb.
Inilah
antara perkataan yang disebut oleh sebahagian besar para peserta “Jom Derak ke
Kenyir” anjuran Kelab Kakitangan Bernama (KKB).
Masing-masing
mempunyai kenangan indah untuk diceritakan mengenai pengalaman dalam program
tiga hari dua malam itu yang berakhir hari ini.
Bagi
Pembantu Tadbir Bahagian Sumber Manusia Suhendri Daud, keindahan alam yang
sukar dilihat di tempat lain serta air
terjun yang cantik meninggalkan kesan mendalam kepadanya .
Pengalaman
bermain bersama ikan kelah juga amat menarik dan menyeronokkan.
“Yang
paling menarik bersantai di atas bot bersama rakan-rakan sambil menikmati
keindahan sekeliling.
“Bersantai
sambil bersembang berkenaan sejarah pembuatan Tasik Kenyir dengan minum minuman
panas yang disediakan.
“Cekodok
juga menjadi kegemaran di atas bot,” katanya.
“Karaoke
pada malam hari turut menceriakan suasana,” kata Suhendri.
Selain
itu, aktiviti memancing turut diadakan bagi pemancing dan hasil tangkapan dimasak
di atas bot.
“Ikan
lampam dan baung kalau tak silap saya,” katanya mengenai ikan yang banyak
ditangkap.
Para
peserta bergerak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang dan singgah di
Losong bagi mendapatkan buah tangan.
“Amazing
journey,” kata Suhendri mengenai lawatan tersebut.
Pengurus
Unit Pemasaran Foto Mohd Farhan Mustafa berkata pengalaman itu juga tidak
mungkin dilupakan.
“Wonderful,”
katanya.
“Pengalaman
menarik ialah sewaktu berada di santuari kelah…bermain dan memberi makanan
kepada ikan-ikan yang jinak,” katanya.
Keindahan semulajadi tasik itu
dapat “merehatkan minda, hilang
rasa stres bekerja”, katanya.
“Saya
bersama TKP (Timbalan Ketua Pengarang) Datuk Mokhtar Hussain dan lima peserta lain berjaya berenang dari
satu bot ke satu bot lagi….jauh juga saya rasa… 500 ke 800 meter.
“Kami
saja mencabar mental kami…Alhamdulillah berjaya,” kata Farhan yang
pertama kali berkunjung ke tasik itu..
Farhan
berkata fokus kunjungannnya itu lebih kepada ‘networking’ dan beliau
dapat berkenalan dengan beberapa pegawai pelancongan.
Tahun
ini merupakan Tahun Melawat Terengganu 2017
No comments:
Post a Comment