Tanpa melengah masa, penganjur konvoi bermotosikal jelajah Semenanjung sempena sambutan 50 Tahun Jubli Emas
Bernama telah merangka perjalanan yang dicadang bermula pada 13 Mei dan berakhir 20 Mei ini.
"Atas kesempatan itu kita mohon kerjasama semua Biro Benama di
setiap negeri untuk maklumkan kepada kita senarai veteran-veteran Bernama
termasuk bekas Stringers di negeri masing-masing untuk sama-sama kita raikan
sempena 50 Tahun Bernama," kata wartawan Amrizan Madian yang mempelopori inisiatif tersebut. Menggunakan tagline "Sayangi yang baru... ingati yang lama..", konvoi itu dinamakan "Jelajah 1 Jiwa Bernama".
Cadangan tarikh kembara itu ialah:
13 Mei -- Wisma Bernama-Putrajaya-Shah Alam
14 Mei -- Kuala Lumpur-Ipoh-Alor Star
15 Mei -- Alor Star-Kangar-Georgetown
16 Mei -- Georgetown-Kota Bharu
17 Mei -- Kota Bharu-Kuala Terengganu-Kuantan
18 Mei -- Kuantan-Johor Bharu
19 Mei -- Johor Bharu-Melaka
20 Mei -- Melaka-Seremban-Kuala Lumpur
22 Mei -- (Malam sambutan 50 tahun) Gimik ketibaan konvoi di
Dewan Felda Kuala Lumpur.
Tarikh Jelajah bagi Sarawak dan Sabah akan
ditetapkan kemudian.
Amrizan berharap mendapat kerjasama biro untuk
menjayakan acara itu yang telah dipersetujui pada mesyuarat jawatankuasa Majlis Makan Malam Sambutan Ulangtahun ke-50 Jubli Emas Bernama, Khamis lepas.
Amrizan dibantu oleh Pengurus Pemasaran Foto Mohd Farhan Mustafa dan Siti Amirah Mohd Noor
untuk mengendalikan program itu yang mensasarkan 15 motosikal 150cc ke atas.
“Ada ramai yang berminat tapi takut ketua jabatan tak beri pelepasan...kita akan buka kepada rakan media lain untuk sama-sama meriahkan acara ini jika
perlu untuk lengkapkan 15 buah motosikal atau lebih..," kata Amrizan.
Usaha mengumpul maklumat mereka
yang berminat sedang dilakukan sehingga Ahad untuk urusan mendapatkan pelepasan ketua jabatan
masing-masing.
No comments:
Post a Comment