Monday 3 April 2017

Anuar Zain tetamu siaran sulung NINE-11...

Bernama News Channel (BNC) pagi ini mula menyiarkan program NINE-11 yang berkonsepkan rancangan bual bicara santai, bermaklumat dan mengetengahkan isu-isu semasa.
Penyanyi terkenal Anuar Zain muncul sebagai tetamu siaran sulung itu bagi segmen "Inspirasi Pagi".
Program tersebut disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 hingga 11 pagi.  
Ia mengandungi tujuh segmen iaitu "Scoop", "Inspirasi Pagi", "Tapau Apa?", "Jom Sihat!", "BNC Shop", #Vacay dan #Respons911.
Segmen utama "Inspirasi Pagi" memberi ruang kepada tetamu berkongsi pengalaman dan cerita-cerita kejayaan bagi memberi inspirasi kepada penonton.
NINE-11 menampilkan Norish Karman, Masrenny Masri, Nurul Ummul Hidayah, Taufik Isa, Nur Shazrena Abd Rahim (Chad), dan Hilmi Ashley sebagai hos.
Ia adalah antara empat program bual bicara BNC yang dilancarkan Rabu lepas. 

No comments:

Post a Comment