Saturday 15 April 2017

Logo Bernama jadi tumpuan TPM...

Logo Bernama menjadi tumpuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini apabila beliau berusaha menyusun rekabentuknya selepas merasmikan program 'Ekspresi Negaraku' di Dataran Pavilion Kuala Kangsar.
Ketika itu beliau melawat ruang pameran Bernama yang turut menampilkan 'puzzle' logo berkenaan bagi para pengunjung menyusun rekabentuknya yang telah diasing-asingkan.
Turut hadir Pengarang I, Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Khaidzir Mohd Yunus.
Datuk Seri Dr Zahid berkata semangat sebagai rakyat Malaysia perlu lahir dari lubuk hati setiap warganegara dan bukannya secara rela paksa.
Menurutnya, semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia terbukti amat ketara semasa berlaku konflik antara Malaysia dan Korea Utara berikutan kes pembunuhan seorang lelaki warga negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) baru-baru ini.
Program itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac lepas di Putrajaya dan Kuala Kangsar merupakan lokasi ketiga selepas Sungai Petani, Kedah.
Kira-kira 10,000 pengunjung membanjiri Dataran Pavilion itu seawal 6.15 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan semangat patriotik seperti Larian Bendera Negaraku, senamrobik dan gerai-gerai pameran.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment