Usikan kawan-kawan sepejabat agar mereka menjadi pasangan, akhirnya membawa Muhammad Hakim Zaini dan Nur Atikah Ardi ke jinjang pelamin.
Mereka melangsungkan resepsi perkahwinan di Institut Kemahiran MARA, Maluri di ibu negara hari ini.
Hakim merupakan eksekutif teknologi maklumat di Bernama News Channel (BNC) manakala Atikah bertugas sebagai penolong penerbit, juga di BNC.
Bapa Hakim, Encik Zaini Ithnin gembira dengan kemeriahan majlis perkahwinan itu yang dihadiri oleh ramai kenalan dan sahabat handai.
"Saya bersyukur dan amat gembira kerana ramai kawan-kawan yang datang," kata Zaini, yang juga berkhidmat dengan Bernama.
"Sungguhpun penat, saya sangat-sangat gembira," katanya.
"Sungguhpun penat, saya sangat-sangat gembira," katanya.
Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang dan Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh adalah antara tetamu yang hadir.
Hakim merupakan anak kedua daripada empat orang anak Encik Zaini dan isteri Puan Noraida Nordin.
Foto Nizuan Hanafi |
No comments:
Post a Comment