Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri (JPM) tertarik untuk menghantar para pegawai perhubungan awamnya mengikuti latihan penulisan di Pusat Kecemerlangan Bernama.
Perkara
itu dinyatakan Timbalan Ketua Komunikasi Korporat JPM, Haji Muhammad Aszahari
Abdul Rahman yang mengetuai delegasi 30 pegawai perhubungan awam jabatan itu
yang melawat Bernama hari ini.
Mereka
mendengar taklimat daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk
Zakaria Abdul Wahab mengenai Bernama dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi
berita nasional ini.
Aszahari
berkata taklimat berkenaan telah memberikan maklumat lebih jelas kepada para
pegawai itu mengenai perkhidmatan di Bernama dan individu yang tepat untuk
dihubungi.
“Mungkin
kita boleh ambil kesempatan untuk bekerjasama
dengan Bernama bagi melahirkan pegawai perhubungan awam yang boleh menulis
sebagaimana dalam bidang kewartawanan.
“Kita memang mengambil Bernama sebagai satu
saluran kita untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan program-program
kerajaan, aktiviti yang dijalankan selama ini.
“Kita juga sentiasa memberikan Bernama untuk membuat liputan aktiviti JPM,” katanya.
No comments:
Post a Comment