Pengurus
Pemasaran Foto Mohd Farhan Mustafa Kamal tersenyum mengingatkan tanjak yang
dipakainya semasa kenduri meraikan perkahwinan anak Timbalan Ketua Pengarang
Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Datuk Mokhtar Hussain semalam.
“Rasa
macam Jebat,” katanya mengenai detik ‘glamour’
ketika bertanjak pada majlis itu.
Farhan
berkata beliau dan empat lagi anggota exco Kelab Kakitangan Bernama (KKB) memakai
tanjak untuk menggambarkan lima pahlawan Melaka bersaudara.
“Saya
Jebat, Asri (Junin) Tuah, (Muhammad Abdul) Hadi (Jurimi) Lekir, (Mohd) Fikri (Ahmad)
Lekiu dan Amir (Muhamad Shafie) Kasturi,” katanya.
Datuk
Mokhtar, yang juga Presiden KKB, mengambil watak Sultan Melaka.
“Mereka
yang hadir tidak sangka kami exco KKB,” kata Farhan.
“Ada
yang cakap pertama kali tengok kami semua pakai begitu lengkap bagaikan
laksamana,” kata Farhan yang terhibur dengan komen seperti itu.
“Kami
hadir untuk support Presiden kami,” kata
Farhan, yang juga Timbalan Presiden KKB.
Datuk
Mokhtar dan isteri Datin Zalmy Zain meraikan perkahwinan anak tungal mereka Mokhriz
dengan pilihan hatinya Hana Asyorah Md Shah di Dewan Perdana KRS, Taman Warisan
Puteri, Seremban.
No comments:
Post a Comment