Setiausaha
Bahagian Kanan (Pengurusan) KKMM, Datuk Samsuni Mohd Nor berkata, program
berasaskan kaunseling dan perkongsian itu adalah salah satu inisiatif dalam
mengembangkan fungsi dan peranan AKRAB yang dirancang kementerian itu pada
tahun hadapan.
"Dalam
banyak-banyak agensi di bawah kementerian ini, Bernama adalah yang paling aktif
dari segi pelaksanaan. Peruntukan yang diberi tahun lalu iaitu RM50,000... kita
dapati hasil atau impak yang terhasil adalah lebih daripada jumlah tersebut
dengan adanya kesungguhan daripada anggota AKRAB Bernama.
“Jadi,
tahun hadapan kita akan mengembangkannya dengan menggunakan Bernama sebagai 'tool lead' program-program yang akan
dilakukan dengan turut dianggotai anggota AKRAB dari agensi lain di bawah
kementerian," katanya ketika hadir pada Program Hari Terbuka AKRAB Bernama
di Wisma Bernama hari ini.
Timbalan
Keua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi, Datin Rohana Mustaffa yang mewakili
AKRAB Bernama berkata Program Hari Terbuka AKRAB Bernama dicadangkan dijadikan
acara tahunan memandangkan ia dilaksanakan setiap dua tahun sekali.
"Kita
juga dalam proses 'meremajakan' AKRAB Bernama ini dengan memilih 12 orang
sebagai pelapis dalam usaha membantu rakan sekerja di sini menjalani kehidupan
dan tugasan dengan lebih baik dan berfikiran positif.
Program
yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu dihadiri lebih 100
kakitangan Bernama dengan pengisian pelbagai aktiviti seperti pameran Akrab dan
Psikologi, aktviti fizikal,terapi muzik serta sesi Personality via Graphology
oleh Dr Azura Hanim Hashim.
Pada program bertemakan “Synergy : Mind, Soul and Body” itu juga, AKRAB Bernama menyampaikan Anugerah Khas kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zulkefli Salleh yang juga bekas Pengerusi AKRAB Bernama bagi menghargai jasa dan sumbangannya kepada Akrab.
-- BERNAMA
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment