Ketinggalan
0-2 kepada Terengganu pada separuh masa pertama menerusi dua gol penyerang
berbisanya, Kipre Tchetche tidak mematahkan semangat para pemain Perak untuk terus
berusaha pada separuh masa kedua.
Perak
tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan menerusi rembatan Muhammad
Firdaus Saiyadi pada minit ke-46.
Selepas
jaringan itu, perlawanan disaksikan 78,783 penonton itu menjadi lebih tegang
dengan beberapa insiden terjahan keras dan pergaduhan kecil serta dicemari
dengan dua layangan kad merah, masing-masing kepada penyerang Perak Gilmar da
Silva (minit ke-58) dan pemain tengah Terengganu Lee Andrew Tuck (minit ke-66).
Ketika
penyokong dari Pantai Timur itu melonjak gembira meraikan kemenangan, Perak
yang mendapat jolokan The Bos Gaurus berjaya mengikat jaringan 2-2 pada masa
kecederaan separuh masa kedua menerusi rembatan padu Brendan Gan untuk
mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Pada
aksi masa tambahan itu, Terengganu sekali lagi di depan apabila Mohd Faiz menyumbat
gol pada minit ke-96.
Para
penyokong Terenganu bergembira dengan gol itu yang dianggap gol yang akan
menghadiahkan Piala Malaysia kepada mereka.
Namun
harapan itu berkecai setelah Perak menyamakan kedudukan apabila pemain
Terengganu, Igor Zonjic menjaringkan gol sendiri pada minit terakhir permainan
memaksa juara ditentukan melalui sepakan penalti.
Perak
cemerlang dalam penentuan sepakan penalty dengan menewaskan Terengganu 4-1 selepas
kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada masa sebenar perlawanan akhir itu.
Perlawanan
akhir itu ibarat ulangan aksi final Piala Malaysia selepas 17 tahun antara
Terangganu dan Perak.
Perak
muncul juara Piala Malaysia 1998 selepas mencatat kemenangan menerusi sepakan
penalti 5-3 setelah kedua-dua pasukan seri 1-1 sehingga masa sebenar perlawanan
sebenar.
No comments:
Post a Comment