Timbalan
Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi, Datin Rohana Mustaffa memperolehi
pengalaman berharga apabila berucap pada Forum Kerjasama Media Antarabangsa di
Boao, wilayah Hainan di China semalam.
“Saya
tak jangka untuk berucap dalam kalangan jemputan pada majlis pembukaan.
“Saya
ingatkan masa penganjur People’s Daily e-mel minta saya prepare remarks atas dua
topik, adalah sebagai syarat penyertaan,” katanya.
Forum
Kerjasama Media 10+3 itu dihadiri lebih 100 wakil media dari sepuluh anggota Asean
serta tiga rakan dialog utamanya --
China, Jepun dan Korea Selatan bagi membincangkan kerjasama Asia Timur.
Tema
forum berkenaan ialah ‘Working Together
for Win-Win Cooperation in East Asia’.
Rohana
berkata menjelang forum itu, beliau sibuk dengan Hari Terbuka Akrab dan sebelum
itu Seminar Terjemahan di Pulau Pinang.
“Jadi
tiada masa bincang dengan sesiapa.
“Bila
terima program, saya tengok saya one of
the speakers untuk 5 hingga 7 minit.
“Saya siapkan apa yang patut, berbincang dengan suami (Datuk Zukri
Valenteno) yang memang pakar berpengalaman draf ucapan.
“Dia
yang banyak membantu. Thanks to him...,”
kata Rohana yang berucap atas tajuk Media
Responsibility in East Asia Cooperation.
“Pengalaman
berharga bagi saya kerana tidak pernah berucap dalam forum media apatah lagi
forum antarabangsa,” katanya.
Semasa
menghadiri forum itu, beliau mendapati rakyat negara itu amat bangga dengan
bahasa mereka.
“Prosiding
dan ucapan mostly in Chinese. Kita
patut buat macam itu untuk persidangan antarabangsa tapi perlu ada banyak alat
dengar.
“Penterjemah
saya rasa kita tak ada masalah,” katanya.
Hari
ini forum kerjasama media itu membincangkan inisiatif “Belt and Road” yang dipelopori China.
Program
kerjasama media itu akan diteruskan ke Beijing sehingga 2 November.
Selain
pengalaman berucap pada forum itu, Rohana juga berpeluang bertemu para editor
dari rantau Asean serta Jepun, Korea Selatan dan China.
“Ada
yang saya ketemu in between break and
dinner, mesra berbincang dan berkongsi cerita dan berita negara masing-masing
dan dunia.
“Petang
dan hari ini lebih ramai lagi dari negara-negara lain juga berjumpa,” katanya.
No comments:
Post a Comment