Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Bernama untuk mengetahui hala tuju Bernama.
"Kita semua sedar dunia berita sudah berubah di mana apa yang kita ada sekarang usaha untuk pendigitilan," katanya.
Gobind berkata maklumat yang diperolehinya itu akan membolehkan beliau melihat setakat mana yang boleh dilakukannya untuk membawa perubahan berkenaan kepada Bernama.
"Perbincangan ini bertujuan mendapatkan idea bagaimana kita boleh melaksanakan usaha ini (transformasi ke arah digital)," katanya selepas perbincangan itu di Wisma Bernama hari ini.
Beliau juga diminta mengulas rungutan beberapa wartawan berhubung layanan segelintir pegawai media yang kurang memuaskan.
Gobind berkata pegawai media di semua kementerian perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada pengamal media dalam usaha menyalurkan maklumat berkaitan kerajaan kepada rakyat.

Katanya kerjasama itu penting bagi
memastikan fakta yang dilaporkan mengenai setiap kementerian adalah tepat dan
benar.
“Saya
merayu kepada semua untuk beri kerjasama penuh kepada wartawan kerana mereka
mempunyai tugas yang berat.
“Kerja
mereka bukan senang kerana bila ada isu mereka ditugaskan untuk mendapatkan
ulasan daripada kementerian.
“Jadi
apabila mereka melaksanakan tugas sedemikian, saya minta kerjasama penuh
diberikan.
“Apa
yang kita mahu fakta penuh dan laporan yang tepat serta disahkan dapat
diberikan kepada masyarakat dan membawa manfaat kepada semua.
“Jadi
saya harap wartawan akan diberi sokongan penuh oleh menteri-menteri dan
kementerian mereka,” katanya
Sebelum
ini, media melaporkan kekecewaan beberapa wartawan terhadap seorang setiausaha
akhbar di sebuah kementerian yang dirasakan biadab ketika berdepan dengan media
di satu acara di Putrajaya baru-baru ini.
Ketika
ditanya sama ada pegawai media perlu diberikan kursus berkaitan, beliau berkata
tiada keperluan itu memandangkan setiap kementerian sudah mempunyai unit khas
yang bertanggungjawab memastikan ulasan dan berita di setiap kementerian
diselaraskan.
“Bagi
saya tak perlu ada kursus tertentu tetapi saya percaya mereka sudah ada
pengalaman berurusan dengan media namun saya minta mereka ‘bantu wartawan sedaya
upaya,” katanya.
“Ada
kalanya di mana kita tak ada jawapan kerana kita tidak mengetahui dengan
mendalam, dalam keadaan itu mungkin kita boleh kembali kemudian (kepada
wartawan) selepas mengesahkannya tanpa perlu bersikap tidak sopan,” katanya.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment