Suatu
hari nanti, wartawan Ahmad Syabil Sultan Noordin Ahmad akan
bercerita kepada anak cucunya pengalaman beliau beraksi dalam permainan
bolasepak di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Jadi
kenanganlah dapat main di stadium tu sebab bukan senang nak dapat peluang macam
ni,” katanya.
Syabil
dan seorang lagi wartawan Bernama Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad
Arif beraksi untuk Team Media FC dalam perlawanan bola sepak persahabatan menentang
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) One Star
di stadium itu malam tadi.
Perlawanan
itu yang dimenangi SIC 5-3 menarik perhatian kerana turut disertai para pelumba
MotoGP seperti Johann Zarco, Maverick Vinales, pelumba MotoGP pertama negara,
Hafizh Syahrin Abdullah, pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi, bekas
bintang pertahanan Liverpool, Sami Hyypia dan Ketua Pegawai Eksekutif SIC,
Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali.
Syabil
berkata beliau berasa bertuah kerana dapat bermain kira-kira 30 minit dalam
posisi midfielder.
“Mula-mula
masa jalan masuk padang tu saya senyum saja.. rasa seronok sangat sebab sebelum
ini hanya buat liputan kat tepi padang..tapi semalam saya pula yang beraksi
dalam padang,” kata Syabil, 27, yang berasal dari Bayan Baru, Pulau Pinang.
“Yang
best dapat bermain sepadang dengan
pelumba-pelumba MotoGP seperti Maverick Vinales, Johann Zarco, Hafizh Syahrin
dan bekas pemain Liverpool, Sami Hyypia.
“Mereka
bukan saja mempunyai bakat menunggang motosikal tapi bermain bola sepak juga tidak
kurang hebatnya...semua rider tu sangat
baik bermain bola sepak,” katanya.
“Mereka
sangat ramah..murah dengan senyuman, tak sombong dan pandai melayan peminat yang
datang untuk bergambar,” kata Syabil yang menyertai Bernama hampir tiga tahun
setengah.
Nazrin
pula menganggap peluang beraksi di Stadium Nasional “ibarat mimpi jadi
kenyataan”.
“Rasa
bangga sangat sebab akhirnya dapat jejakkan kaki kat atas padang keramat
kebanggaan rakyat Malaysia,” kata Nazrin yang bermain di posisi tengah selama
70 minit.
“Bola
sepak adalah passion saya sejak kecil,”
kata Nazrin yang kerap bermain untuk pasukan Bernama bersama Syabil.
Katanya,
beliau seronok dapat bermain bersama-sama para pelumba MotoGP itu yang sangat
peramah dan sporting.
“Sekaligus
buat kami rasa seperti sebuah keluarga,” kata Nazrin, 26, yang menyertai
Bernama pada November 2016.
“Sebelum
ini tak pernah terfikir akan dapat peluang beraksi di situ. Sepanjang saya
membuat laporan di situ, saya selalu berfikir bila agaknya saya dapat jejakkan
kaki di padang stadium itu,” katanya.
Menurut
Syabil, pasukan Team Media FC ditubuhkan dua tahun lepas.
“Kami
sebenarnya lebih mementingkan keakraban sebagai media sukan Malaysia dan
penubuhan TMFC tu juga sebagai satu cara kami untuk meluangkan masa bersama
melalui sukan.
“Dari
segi pemilihan pemain, sesiapa saja dari media sukan di negara ini boleh sertai
tetapi mereka terlebih dahulu perlu datang menyertai latihan kami sebelum
dibawa untuk menyertai sebarang perlawanan persahabatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment