Menurutnya,
hasil kajian fasa pertama terhadap penjawat awam pada Ogos lepas mendapati
nilai komposit indeks kesejahteraan psikologi penjawat awam adalah pada kadar
6.9 daripada skala maksimum 10.
"Ini
menunjukkan tahap kesejahteraan penjawat awam adalah pada tahap
sederhana," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Psikologi
Perkhidmatan Awam ke-23, di Putrajaya hari ini.
IKPM
merupakan satu inisiatif yang dibangunkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi
mengukur tahap kesejahteraan mental dan emosi rakyat mencakupi pelbagai dimensi
kesejahteraan psikologi.
Berikutan
itu, Borhan mahu ketua-ketua jabatan lebih peka dalam menangani situasi pegawai
dan kakitangan dengan memastikan mereka menjaga kesejahteraan fizikal,
spiritual serta emosi selain membentuk budaya positif bagi meningkatkan prestasi
organisasi.
"Jika
tidak ditangani dengan efektif, situasi tersebut boleh menjurus kepada
penurunan kualiti kerja sekali gus memberi kesan kepada perkhidmatan yang
ditawarkan,” katanya.
Borhan
berkata antara inisiatif yang boleh diambil ialah melaksanakan program-program
psikologi untuk kelompok yang belum mengalami masalah kesihatan mental.
Beliau
juga mahu perkhidmatan kaunseling dalam konteks komuniti diperkasa untuk
memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.
Setiausaha AKRAB Bernama Puan Hasnita Ibrahim turut menghadiri persidangan itu sebagai seorang daripada tiga wakil AKRAB Kementerian Komunikasi dan Multi Media (KKMM).
Walaupun AKRAB Bernama tidak memenangi anugerah pada tahun ini, namun para anggotanya telah memberi sumbangan sewajarnya.
"Moga semangat kita terus membara untuk membantu," kata Timbalan Pengerusi AKRAB Bernama Puan Sharifah Zaini Syed Zain.

--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment