Ketika
orang ramai mengharapkan untuk mengetahui sesuatu peristiwa atau acara dengan
pantas dan terkini, apa yang dilakukan wartawan R.Ratcharathan menjurus ke arah
itu dengan membuat laporan secara terus menerusi Facebook.
Malam
tadi, beliau melaporkan mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port
Dickson secara langsung apabila pengumumannya dibuat oleh Pegawai Pengurus
Pilihan Raya Khairy Maamor pada 9.14 malam di pusat penjumlahan rasmi undi di
Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
“Saya
memang gembira dapat buat perkara tersebut…,” kata Ratcharathan walaupun tugasan itu memenatkan.
“Perasaan
saya ketika membuat Live adalah excited dan juga nervous. Excited sebab
dapat memberikan info secara langsung dan nervous
kerana saya perlu menjawab soalan netizen ketika Live yang agak mencabar.
“Saya
juga tahu bahawa sedikit kesilapan info akan membawa masalah kepada Bernama dan
saya,” kata Ratcharathan yang ditempatkan di Meja Multimedia.
Apa
persiapan yang dilakukannya sebelum membuat tugasan itu?
“Saya
perlu membuat research yang
secukupnya supaya dapat memberikan info
yang betul dan lengkap kepada penonton, selain mencari idea supaya dapat
berbual dengan penonton supaya mereka tidak bosan.
Beliau
juga perlu mempelajari teknik mengunakan alat teknologi seperti telefon pintar,
saramonic dan gimball.
“Setiap
tugasan ada cabaran yang berlainan,” katanya.
“Masalah
yang saya hadapi yang pertama adalah perlu memastikan line internet kuat agar dapat membuat live, kadang-kala event ramai
orang susah untuk dapat line internet yang
stabil.
“Kedua,
saya perlu mendapatkan angle camera
yang cantik yang mampu menarik perhatian audiens selain menyediakan info atau
maklumat lengkap mengenai event Live yang
saya buat agar bekalkan maklumat yang betul kepada penonton.
“Paling
mencabar ialah saya perlu bersaing dengan jurukamera dan jurufoto yang jauh
lebih baik daripada equipment kami,” katanya.
Tempoh
liputan juga bergantung kepada sesuatu acara.
“Kalau
macam keputusan PRK, ia ambil masa sedikit sebab tunggu keputusan daripada SPR.
Durasi dalam 30 minit hingga 2 jam pun boleh jika bateri telefon bimbit tahan,”
katanya.
Bagi
tugasan PRK Port Dickson itu, Ratcharathan berkata beliau memerlukan masa dan tenaga yang banyak kerana harus memberi coverage yang adil kepada semua tujuh
calon
“Tujuh
penjuru membuatkan saya mengetahui lebih banyak info mengenai tujuh calon itu,”
katanya.
Tugasan
itu menarik perhatian kerana PRK itu turut ditandingi dan dimenangi Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Harapan
(PH) yang telah disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri.
“Sebelum
ini saya pernah buat live sewaktu PRK
Seri Setia dan juga PRU14..
“Selain
itu, banyak event saya dah buat live seperti pengumuman kabinet kerajaan
baharu, Pelancaran manisfesto BN, Sukan SEA dan pembukaan parlimen,” kata Ratcharathan
yang sudah empat tahun lebih bekerja di Bernama.
“Saya
berharap semua petugas Bernama dapat mempersiapkan diri ke arah teknologi yang
bergerak agak pantas dan keluar dari amalan yang dipraktikkan sebelum ini
kerana ia mungkin tidak relevan lagi dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.
No comments:
Post a Comment