Jengkaut yang disumbangkan sebuah syarikat pertahanan Indonesia dimuat naik dari Pangkalan Udara Halim Perdana Kusuma di Jakarta dan diterbangkan ke Lapangan Terbang Mutiara SIS Al-Jufri di Kota Palu.
Pesawat itu diterbangkan Pegawai Memerintah 22 Skuadron Lt Kolonel Baharin Mohamad yang dibantu pembantu juruterbang Mejar Inamul Hasan Shuhaimi Basha.
Leftenan
Kolonel Baharin berkata jengkaut berkenaan merupakan jentera paling berat yang pernah
terbang dengan pesawat berkenaan.
"Pesawat
berkenaan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al-Jufri
kira-kira pukul 4.50 petang waktu tempatan walaupun cuaca agak berangin dan
berawan,” katanya kepada media Malaysia yang menyertai misi itu.
Sebelum
ini pesawat A400M TUDM hanya membawa muatan lori tangki minyak seberat 12 tan
selain bekalan makan.
Liputan Bernama mengenai pendaratan itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook petang ini oleh Ketua Meja Jenayah Bernama, Amrizan Madian.
Amrizan melaporkan bahawa penghantaran jengkaut itu merupakan satu kejayaan bagi misi tersebut kerana ia merupakan jentera paling berat yang pernah diterbangkan oleh pesawat itu.
Pasukan misi kemanusiaan TUDM itu dijagualkan kembali ke ibu negara esok setelah memulakan gerakan itu pada 4 Okt lepas.
No comments:
Post a Comment